Wednesday


Ingin tahu cara untuk melakukan servis dan pemulihan hati?


Dalam kehidupan kita setiap hari, kita banyak berurusan dengan hati. Baik atau buruk manusia ditentukan oleh hatinya. Oleh itu kita perlu selalu melakukan servis dan pemulihan hati


Saudara kesuntukan masa?


Jika anda kesuntukan masa untuk membaca

keseluruhan laman web ini tetapi anda tidak mahu
ketinggalan manfaat daripada laman web ini;
berikut adalah beberapa pilihan dan cadangan untuk anda: 
  1. Baca sepintas lalu buku  'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' . Hanya dua ke lima minit yang anda perlukan untuk membaca sepintas lalu tentang buku 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'.

  2. Muat-turun e-buku 'Panduan Reformat Hati'. E-buku ini adalah percuma dan merupakan versi micro (kecil) kepada buku 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'.
  3. Sertai fan page 'Reformat Hati' di laman social Facebook. Dari semasa ke semasa, fan page ini dikemaskini dengan info berkaitan hati dan cara menjaga hati. Sila KLIK butang [LIKE] di fan page 'Reformat Hati'.

  4. Jemput ke blog AKADEMI HATI. Blog ini ditulis dengan info dan perkara berkaitan hati. Untuk tidak ketinggalan artikel terbaru dari blog AKADEMI HATI anda boleh melanggan blog tersebut. Melanggan blog tersebut bermaksud setiap artikel baru yang diterbitkan di blog AKADEMI HATI akan dihantar ke email anda.
Untuk melanggan blog AKADEMI HATI,
masukkan alamat email anda dalam kotak di bawah:


Nota: Hanya artikel terbaru dari blog AKADEMI HATI akan dihantar ke email anda. Tiada newsletter, atau email promosi.


SALAM HORMAT dan SELAMAT DATANG


Daripada: Norudin Draman a.k.a. UstazCahaya





Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana meluangkan masa ke laman web ini.

Saya adalah pengasas dan pemilik www.ustazcahaya.com. Saya seorang guru agama, penulis bebas dan usahawan. Kini saya menetap dan menjalani hari-hari indah kehidupan saya di Bintulu, Sarawak Bumi Kenyalang.


Saudara/i yang dikasihi Allah.

Mungkin anda membaca ini ketika di pejabat atau dalam bilik guru. Mungkin juga ketika waktu rehat. Boleh jadi pada waktu santai. Boleh jadi anda seorang ayah, ibu, pekerja atau pelajar. Sesiapapun kita, kita manusia masing-masing memiliki perasaan.

Saya ingin bertanya; Apakah perasaan anda ketika ini? Adakah hati anda sedang ceria berbunga kerana baru sahaja berjaya membuat jualan dengan untung RM15,000 dari perniagaan anda dalam bulan Ramadan yang baru berlalu? Atau anda sedang susah hati kerana sedang kekeringan wang selepas berbelanja untuk hari raya? Atau mungkin sahaja anda sedang menanggung geram dan dendam kerana baru sahaja kehilangan RM5000.

Berbicara tentang hati, saya ingin memaklumkan sesuatu kepada anda. Buku saya yang berjudul 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' berada di pasaran sejak bulan Ramadan tahun lepas (1431H/ 2010M). Pada halaman-halaman lain (a.k.a. pages laman web ini) anda boleh membaca tentang buku tersebut. 



KLIK untuk ke halaman-halaman tersebut; 
Pra-Baca
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang buku  'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' anda boleh membaca sepintas lalu tentang buku 
'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' di halaman ini.
Beli
Sekiranya anda berminat untuk membeli buku 
'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari', di halaman ini ada maklumat untuk anda mendapatkannya.  
Testimoni
Di halaman ini saya siarkan sebahagian daripada testimoni mereka yang telah membaca buku 
'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'
30 Peringatan Hati
Halaman ini mengandungi '30 Peringatan Hati'. 'Peringatan Hati' adalah kekotak kecil yang mengandungi kata-kata hikmah tentang hati yang terdapat dalam buku 
'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'. 
Gambar
Gambar-gambar berkaitan buku '
Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' saya siarkan di halaman ini. 
Pertanyaan
Jika anda anda pertanyaan tentang buku 
'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'' atau apa sahaja berkenaan hati, gunakan saluran yang dinyatakan di halaman ini.



Adakah hati anda sedang ceria berbunga kerana baru sahaja berjaya membuat jualan dengan untung RM15,000 dari perniagaan anda dalam bulan Ramadan yang baru berlalu?


Atau anda sedang susah hati kerana seding kekeringan wang selepas berbelanja untuk hari raya?


Atau mungkin sahaja anda sedang menangggung geram dan dendam kerana baru sahaja kehilangan RM5000?




Di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kisah tentang hati. Kisah ini adalah sebahagian dari kandungan buku 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'.

Hari Ini Tidak Rajin Kerja, Esok Mahu Rajin Cari Kerja

Di bahagian kaunter di sebuah kedai telefon bimbit, saya ternampak sebuah kata-kata hikmat yang ditulis pada kertas bersaiz A4, yang berbunyi: 

“Hari Ini Tidak Rajin Kerja, Esok
Mahu Rajin Cari Kerja”

Tidak susah untuk memahami kata-kata tersebut dan saya sukakan kata-kata itu. Bagi saya, itu adalah ‘amaran’ daripada tauke kedai tersebut kepada para pekerjanya. Walaupun berupa amaran, tetapi ditulis dalam bahasa yang menarik dan tidak kasar. Malah memberi inspirasi kepada saya, sehingga menulis artikel ini dan menjadikannya sebagai salah satu katakata motivasi dalam kehidupan.

Selama kita masih hidup di dunia ini, kehidupan ini sendiri adalah peluang. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud “bekerjalah untuk duniamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhiratmu seperti kamu akan mati esok hari.” Pesanan ini sudah memadai untuk kita menjalani kehidupan dengan seimbang untuk kepentingan dunia dan akhirat.

Jika hari ini kita malas mengerjakan suruhan Tuhan, apakah kita yakin esok hari kita masih hidup lagi? Ditakdirkan kita mati sebelum tiba esok hari, apakah kita sudah berpuas hati dengan hari ini yang sudah  ribuan malah puluhan ratus ribuan kali berlalu silih berganti sepanjang kehidupan kita. Jika ditakdirkan kita mati hari ini, apakah kita puas hati dengan apa yang sudah kita lakukan dalam kehidupan? 

Firman Allah: 

“Wahai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang
puas lagi diredhai-Nya.” 

(Al-Quran, Surah al-Fajr: Ayat 27-28)

Apakah kita sudah berpuas hati dengan kehidupan kita sekarang? Apakah yang sudah kita lakukan untuk esok? Jika hari ini kita tidak berbuat apa-apa, apakah yang hendak kita tunggu esok hari?


Satu lagi sebab popular yang menjadikan seseorang malas adalah sikap tidak menghargai masa dan tidak mensyukuri nikmat umur. Selagi nyawa dikandung badan, selama itu kita direzekikan Tuhan dengan masa. Tinggal lagi, bagaimana kita menggunakan masa itu? Masa adalah anugerah Allah yang dibahagikan kepada manusia dengan saksama iaitu, masing-masing mendapat 24 jam sehari.

Namun, umur manusia tidak sama. Ada yang umurnya panjang dan ada yang umurnya singkat. Walaupun begitu, ada orang umurnya pendek tetapi kehidupannya bermanfaat, maka orang itulah orang yang sangat beruntung. Ada orang yang umurnya panjang, namun kehidupannya tidak bermanfaat, itulah orang yang rugi.

Kita perlu menjaga hati agar hati selalu bermotivasi untuk gigih, rajin bekerja dan beramal ibadat. Jika hari ini kita tidak rajin kerja, mungkin esok kita perlu bersusah payah mencari pekerjaan baru (kerana kita dibuang kerja). Tetapi bayangkan, jika dalam hidup di dunia yang singkat ini kita malas untuk menyediakan bekal untuk alam yang lebih kekal selepas mati nanti , apakah yang boleh kita buat lagi selepas itu?

Daripada lbnu ‘Umar (RA) berkata: 

“Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir
lalu. Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah
engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau
berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu
(ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu
untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. 

(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari)



Alhamdulillah, ramai antara kita yang selalu membaca doa di atas selepas solat. Justeru, sepatutnya, kita tidak hanya berdoa. Sewajarnya kita menyempurnakan doa kita dengan berusaha untuk menghindari lapan perkara yang kita pohon dalam doa itu, iaitu:


Sesungguhnya, semua lapan perkara yang perlu dihindarkan itu adalah berkaitan hati. Maka, jangan beri peluang kepada hati untuk membuatkan kita bermalas-malas dan menangguh-nangguh.

Jika hari ini kita tidak membuat apa-apa, 
maka apakah yang hendak kita tunggu pada hari esok?

Rupa-rupanya, dalam kehidupan, kita banyak berurusan dengan hati. Insya-Allah, buku REFORMAT HATIMU DALAM 354 HARI yang saya ceritakan dalam laman web ini adalah perkongsian dan perbincangan kita tentang hati .

Akhirnya, kita perlu mengakui bahawa yang menentukan baik buruk dunia ini adalah manusia yang mendiaminya. Baik atau buruk manusia ditentukan oleh hati nya berdasarkan harapan yang ada dalam hati, akidah yang diimani oleh hati, tahap takwa yang dimiliki oleh hati dan ilmu yang ada pada akal pemilik hati.

Terima kasih kerana membaca sehingga ke ayat ini. Semoga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Salam hormat,