Pra-Baca



Nama Penulis: Norudin Draman
Judul Buku: Reformat Hatimu Dalam 354 Hari
ISBN: 978-967-5711-12-1
Harga Semenanjung: RM18
Harga Sabah & Sarawak: RM21

Editor : Siti Zarinah Bt Husain (siti .zarinah@karangkraf.com.my)
Pengarah Seni : Nor Azam Syah Bin Razmi (azam.syah@karangkraf.com.my)
Pereka Kreatif : Tengku Safrina Bt. Tengku Noorazland (tengku.safrina@karangkraf.com.my)
Ketua Unit Foto : Jasmi Baba

Penerbit:
OASIS BOOKS SDN. BHD. (34682-M)
Tingkat 1, Lot No. 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55106636 Faks : 03-55106637

Sinopsis:

Buku ini mengumpulkan panduan bagi mendidik dan membentuk hati supaya menjadi baik dan hebat berpandukan bulan Ramadan dan puasa. Selain itu, naskhah ini merupakan panduan dan motivasi untuk mengekalkan kebaikan serta kehebatan hati sehingga 11 bulan selepas Ramadan.

Sebenarnya, semua yang kita bicarakan dalam buku ini adalah tentang..
H – Harapan
A – Agama (akidah)
T – Takwa
I – Ilmu

... itulah HATI.



SEPINTAS LALU BUKU
Reformat Hatimu Dalam 354 Hari



KLIK SINI UNTUK BELI




Buku ini mengandungi 6 bahagian iaitu;

1. Kuliah Hati.
2. Akademi Ramadan
3. Ada Apa Dengan Hati?
4. Servis dan Pemulihan Hati
5. Kunci Kebaikan Hati
6. Baik Hati Setiap Hari Sampai Mati

1. Kuliah Hati

Bahagian ini mengandungi 30 artikel pendek tentang hati dan kaitannya dengan puasa dan bulan Ramadan. Buku ini bersifat catatan yang bermula pada malam melihat anak bulan Ramadan sehingga hari raya Aidilfitri. Pada akhir setiap artikel disertakan kekotak 'Peringatan Hati' yang membantu pembaca untuk mengingati point penting tentang hati yang dibincangkan dalam artikel tersebut.

Bahagian ini ditulis dengan gaya bercerita yang santai dan mudah; diharapkan artikel-artikel ini boleh menarik hati pembaca. Pengenalan dan memberi gambaran awal kepada pembaca tentang tema dan hala tuju perbincangan dalam buku ini seterusnya.


2. Akademi Ramadan

Bahagian ini membincangkan tentang kaitan puasa dan Ramadan dengan hati dan tentang peri pentingnya hati kita umat Islam sentiasa terpaut pada bulan Ramadan sepanjang tahun dalam kehidupan kita. Bahagian ini juga menerangkan tentang maksud disebalik nama Akademi Ramadhan.


3 Ada Apa Dengan Hati


Bahagian ini membincangkan perkara-perkara asas tentang organ hati (liver) dan hati yang berbentuk perasaan, jiwa, emosi dan nafsu. Bahagian ini juga cuba membawa pembaca menyedari betapa pentingnya organ hati dan kualiti emosi (perasaan, jiwa, emosi dan nafsu) bagi seseorang manusia.

4 Servis dan Penjagaan Hati


Bahagian ini memberi panduan kepada pembaca bagaimana untuk membersihkan hati daripada perasaan-perasaan yang negatif dan juga memberi panduan bagaimana untuk mengisi hati dengan perasaan-perasaan yang baik dan positif. Bahagian ini juga membantu pembaca mengenali peribadi mereka dengan menilai keadaan hati mereka.


5 Kunci Kebaikan Hati


Hati umpama magnet. Hati yang baik tertarik dan menarik diri seseorang kepada perkara-perkara yang baik dan begitu juga sebaliknya hati yang jahat selalu tertarik dan menarik seseorang kepada keburukan dan kejahatan. Bahagian ini memberi panduan bagaimana supaya hati kita selalu tertarik dan menarik diri kita kepada kebaikan. Bahagian ini mengandungi panduan bagaimana untuk menjaga hati, membahagiakan hati, merehatkan hati, memotivasikan hati dan lain sebagainya.


6 Baik Hati Setiap Hari Sampai Mati


Bahagian ini membincangkan tentang tanda-tanda dan ciri-ciri kebaikan hati, bagaimana untuk menjadi seorang yang baik hati dan kebaikan serta keindahan yang terhasil daripada manusia yang baik hati. Bahagian ini mengandungi panduan dan motivasi untuk menjadi seorang yang baik hati.




SENARAI KANDUNGAN BUKU
Reformat Hatimu Dalam 354 Hari



KLIK SINI UNTUK BELI



SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan  
Sepintas Lalu Buku Ini 
Senarai Kandungan 
Mengeja H.. A.. T.. I.., Hati  
1 Kuliah Hati
1 Bukan Ikut Suka Hati
2 Tengok Bulan Dulu
3 Menjadi Kreatif Di Kala Bulan Mengambang
4 Sukanya Hati Dapat Mandi
5 Menjaga Hati Seperti Menjaga Bayi
6 Mudah Di Hati, Payah Di Hati
7 Niat Dalam Hati
8 Puasa Adalah Rahsia Hati
9 Dari Mata Turun Ke Hati
10 Satu Rakaat
11 Hari Ini Tidak Rajin Kerja, Esok Mahu Rajin Cari Kerja
12 Bahaya Menghitung Pahala
13 Dua Kisah Selipar
14 Makan Hati vs Kecil Hati
15 Satu Sen Ajaib dan Kisah Ibu Jari
16 Mungkinkah Ilham Dari Bulan?
17 Kisah Selipar Lagi
18 Malam Majlis Ayam Panggang
19 Menjadi Raja Hati
20 Ketika Hati Bersedih
21 Pegang Wang Dengan Hati -hati
22 Tahan-tahanlah Wahai Hati
23 Belajar Memandu Hati
24 Doa Daripada Hati Ke Hati
25 Nostalgia Pelita Minyak Tanah
26 Kisah Doa Yang Menggelikan Hati
27 Tengok Bulan Senyum
28 Dalam Hati Ada Cinta
29 Semangat Syawal
30 Ai, Senangnya Dalam Hati

2 Akademi Ramadan 
Akademi Ramadan
Visi dan Misi Akademi Ramadan
Perubahan Kecil Yang Besar

3 Ada Apa Dengan Hati? 
Seketul Daging Yang Penting
Dua Bentuk Hati
Antara Dua Darjat Hati
Tiga Keadaan Hati
Suara-suara Hati
Ada Apa Dengan Hati? 

4 Servis dan Pemulihan Hati 
Membuka Penutup Hati
Siapa Diri Di Hati Sendiri?
Mendengar Suara-suara Hati
Cermin-cermin Hati
Memformat Semula (Reformat) Hati
Menjaga Hati 

5 Kunci Kebaikan Hati 
Syukur Sebagai Kunci Utama Kebaikan Hati
Anak Kunci Pertama (Syukur Nikmat Hidup Sebelum Mati )
Anak Kunci Kedua (Syukur Nikmat Sihat Sebelum Sakit)
Anak Kunci Ketiga (Syukur Nikmat Lapang Sebelum Sibuk)
Anak Kunci Keempat (Syukur Nikmat Muda Sebelum Tua)
Anak Kunci Kelima (Syukur Nikmat Kaya Sebelum Miskin)
Memahami Syukur 

6 Baik Hati Setiap Hari Sampai Mati 
Mulakan Dengan Diri Sendiri
PISS (Pasti kan Ia Selalu Senang)
Baik Hati Setiap Hari 
Biodata Penulis 
Senarai Rujukan


PRAKATA BUKU
Reformat Hatimu Dalam 354 Hari



KLIK SINI UNTUK BELI

Ini adalah buku motivasi berorientasikan Ramadan yang sesuai dibaca dan diamalkan kandungannya sepanjang tahun.

Selalu dikatakan Ramadan adalah madrasah tempat mendidik, memperbaiki dan membersihkan diri. Dikatakan juga, Ramadan adalah masa untuk memulakan kehidupan yang baru. Ramai berazam untuk menjadikan Ramadan sebagai titik tolak perubahan dalam keperibadian dan kehidupan mereka.

Boleh juga dikatakan, Ramadan adalah bulan ramai orang menjadi baik. Bulan yang paling ramai orang melakukan ibadat wajib mahupun sunat walaupun ramai tidak melakukannya pada bulan-bulan lain. Ramai yang berjaya menjadi baik dan hebat semasa bulan Ramadan, tetapi tidak ramai dapat mempertahankan ‘kebaikan’ dan ‘kehebatan’ mereka setelah keluar daripada bulan tersebut.

Insya-Allah, buku Reformat Hatimu Dalam 354 Hari diusahakan untuk membantu pembaca mempertahankan ‘kebaikan’ dan ‘kehebatan’ mereka sehingga 324 hari selepas bulan Ramadan. (Jumlah hari dalam satu tahun kalendar hijrah ialah 354/355 hari. Jumlah hari dalam bulan Ramadan setiap tahun kebiasaannya berjumlah 30 hari. Bermaksud, tempoh antara dua Ramadan adalah lebih kurang 324 hari).

Buku ini merupakan bahan bacaan tentang Ramadan yang boleh dibaca sepanjang tahun. Sama seperti buah kurma yang merupakan makanan (buah) yang sinonim dengan bulan Ramadan. Bagaimanapun, kurma boleh juga dimakan pada bulan selain Ramadan malah diakui kurma adalah makanan yang baik untuk kesihatan.

MENGAPA DIMULAKAN DENGAN
REFORMAT HATI?

Baginda Rasulullah pernah berpesan, bahawa baik buruk seseorang bergantung kepada baik buruk hati nya. Sebenarnya, ibadat puasa sangat berkaitan dengan hati. Ramadan dan puasa adalah tempoh untuk umat Islam merehatkan hati (liver), membersihkan jiwa, menguatkan hati dan mengawal nafsu. Antara ciri orang yang sebenarnya berjaya pada bulan Ramadan adalah orang yang puasanya memberi kesan kepada pembentukan hatinya.

Buku ini mengumpulkan panduan bagi mendidik dan membentuk hati supaya menjadi baik dan hebat berpandukan bulan Ramadan dan puasa. Selain itu, naskhah ini merupakan panduan dan motivasi untuk mengekalkan kebaikan serta kehebatan hati sehingga 11 bulan selepas Ramadan.

Mengeja H.. A.. T.. I.., Hati

Jika ditanya apakah yang membezakan manusia dan haiwan? Pasti banyak sekali jawapan yang kita fikirkan dan bakal kita peroleh. Salah satunya ialah manusia hidup dengan pelbagai harapan, sedangkan perjuangan (harapan) hidup haiwan semata-mata untuk makan, berhubung dengan berlainan jantina, melindungi diri dan untuk meneruskan hidup hari demi hari sehingga mati .

Manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia memiliki pelbagai harapan. Perjuangan hidup manusia tidak
semata-mata untuk makan, berhubung dengan berlainan jantina, melindungi diri daripada iklim, bahaya serta ancaman dan untuk meneruskan hidup. Harapan manusia lebih banyak daripada itu dan semakin bertambah setiap hari.

Asas kepada usaha manusia ialah untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan kehidupan. Manusia purba
mungkin tidak kisah kepada tempat tinggal kerana alam adalah rumah mereka’. Mereka boleh mendiami gua, pokok dan sebagainya. Sementara makanan adalah apa yang perlu mereka usahakan setiap hari.

Dunia menyaksikan perubahan dan kemajuan manusia. Jika sebelumnya, manusia hanya berikhtiar untuk mendapatkan makanan, kemudian manusia sudah pandai berikhtiar untuk memiliki tempat tinggal. Zaman terus berlalu. Manusia bukan sahaja memerlukan tempat tinggal, tetapi turut memerlukan kenderaan, kerajaan, seterusnya negeri, membentuk tamadun dan lain-lain.

Perjuangan manusia hari ini merupakan perjuangan untuk mendapatkan wang. Wang diperlukan untuk mendapatkan makanan, tempat tinggal dan kenderaan. Wang juga diperlukan untuk membentuk kerajaan dan pemerintahan. Kini, wang menjadi harapan manusia yang utama.

Hakikatnya, harapan adalah unsur hati kerana harapan didorong oleh nafsu, emosi, perasaan dan naluri manusia; dan semua itu (nafsu, emosi, perasaan dan naluri manusia) adalah unsur hati dan bertempat di hati . Harapan itu tempatnya di hati dan harapan itu sendiri merupakan unsur hati .

Jika kita perhatikan, sebenarnya harapan manusia ditentukan oleh akidah yang diimani mereka. Akidah yang
murni dan benar akan menjadi harapan tepat dan mulia; sebaliknya akidah yang salah dan sesat akan memberi harapan salah dan sia-sia kepada manusia.

Dalam hal wang contohnya, harapan kita tidak hanya kepada untuk memiliki wang yang banyak semata-mata. Melalui akidah Islam yang kita anuti, wang diperlukan untuk tujuan berzakat, menunaikan haji, sedekah, dakwah, jihad, menuntut ilmu dan sebagainya.

Betapa pentingnya akidah yang benar dalam hati kita, kerana akidah yang benar itu bakal menentukan akhir harapan dan tujuan hidup kita; supaya hidup kita tidak berlalu dengan kesibukan dan keletihan mengusahakan sesuatu yang sia-sia.

Kemudiannya, akidah Islam yang menakluki hati akan ditentukan kualitinya dengan sesuatu yang bernama takwa. Takwa adalah kayu ukur yang membezakan seorang dengan seorang yang lain; walaupun mereka beriman kepada akidah yang sama.

Harapan, akidah dan takwa dicorakkan oleh ilmu yang dimiliki manusia. Akal adalah bekas untuk menempatkan ilmu, sedangkan hati adalah penentu kepada kesan (baik buruk) ilmu.

Akhirnya, jika saya bertanya, adakah saudara pandai mengeja hati? Mungkin ada yang marah, kerana jika saudara membaca ini sudah pasti saudara tahu mengeja hati iaitu ‘h..a..t..i.., hati ’.

Sebenarnya, semua yang sudah kita bicarakan di atas adalah...
H – Harapan
A – Agama (Akidah)
T – Takwa
I – Ilmu
... itulah hati .

Rupa-rupanya, dalam kehidupan, kita banyak berurusan dengan hati. Insya-Allah, buku ini adalah perkongsian dan perbincangan kita tentang hati .

Akhirnya, kita perlu mengakui bahawa yang menentukan baik buruk dunia ini adalah manusia yang mendiaminya. Baik atau buruk manusia ditentukan oleh hatinya berdasarkan harapan yang ada dalam hati, akidah yang diimani oleh hati, tahap takwa yang dimiliki oleh hati dan ilmu yang ada pada akal pemilik hati.

Selamat membaca. Semoga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Salam hormat,

....................................................................................................
Norudin Bin Draman a.k.a. UstazCahaya